Thursday, 31 January 2013

orang pertama yang .. ???? :)


1. Orang yang pertama menulis
Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.
2..Orang yang pertama minum air
zamzam :
Nabi Ismail AS.
3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.
4.Orang yang pertama diberikan
pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh
Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.
6….Orang yang pertama mengerjakan
saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan
pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW
8. ..Orang yang pertama menjadi
khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan
tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah
jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA
11. ..Orang yang pertama menyusukan
Nabi SAW:
Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam
Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA
13. ..Orang yang pertama syahid dalam
Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA
14… Orang yang pertama menulis hadis
di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah
dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA
16. …Orang yang pertama menjadi
muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama
bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA
18…. Orang yang pertama membuat
minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama
menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-
Zubair bin Al-
Awwam RA
20…. Orang yang pertama menulis
sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman
dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA
22… Orang yang pertama
mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH
23. Orang yang pertama membina
penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA
24. ….Orang yang pertama menjadi raja
dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA
25… Orang yang pertama membuat
perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH
26.Orang yang pertama mengadakan
baitul mal :
Umar Al-Khattab RA
27… Orang yang pertama menghafal
Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA
28.Orang yang pertama membina
menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
29…Orang yang pertama digelar Al-
Muqry :
Mus’ab bin Umair RA
30. … Orang yang pertama masuk
Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Saturday, 26 January 2013

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS




Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.