Tuesday, 20 March 2012

Mandi wajib cara yang betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.
Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais,

menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.
Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah). Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. Rasulullah S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.” [Hadith Riwayat Muslim].


sumber :http://aidanatasya.com/infomandi-wajib-cara-yang-betul/

Friday, 2 March 2012

kac1102d~memori berganda

assalamualaikum kawan2.....
ok....sem ni genapla 2 sem kita bersama....cepat kan masa berlalu...da 2 sem da,,n banyak kenangan ana/aq/saya dengan ampa suma. arap2 sem dpan kita jumpa lg.. thanks 4 being my friend,,,, sem ni ana/aq/saya memg agak bising n asa agak rapat dengan ampa dari sem lpas,,, apa2 pon,,mulut yang bising kadang2 melukakan hati orang,, so, kat sini ana/aq/ saya menyusun sepuluh jari tangan,,hehe,, nak mntak maaf banyak2 dekat ampa andai terguris hati dengan ana/aq/saya,,,
banyak kenangn yg x bley nak lupa,,, n kalau ada jodoh kita jumpa lg k >)
jangan lupa... final nanti wat yg terbaik,,suma 2 tok msa depan kita kan..
n tok mak ayah kita jgak..
n gud luk for final...gempakkan kelas kita,, n sama2 doa kejayaan kita k,, 
banyakkan wat solat hajat n berdoa,,,
INSYAALLAH ALLAH mudahkan...amin


farihah,wani,anne,nana,diana,mimi,rozi,zila,
zai,hasya,husna,liza,tina,najwa,yana.huda,
dira,eme,azni,dila,bell,ika,fatin,mina,farahim
tapai,alang,duan,najib,soley,faris n hafiz n muslim
 a,k,a islam,n syifa >)
i will always miss our frenship

najib : sabonye,,

at tec

huhu,,,kelas yg epi + hingaq



wan: cdaap...hehe

muka2 epi bakal accountant
zai: jangn nagis k...hehe
yea...terbang


soley2 malu...haha



ok,,,apa2 pon, sori kalau ada salah n arap2 jumpa lg..amin
jgn lupa final...hehe
tlupa plak...thanks jgk dkat suma lecturer yg pnah ajaq kami
kac1102d...>)
mdm syakirah,mdm ibtisam,mdm aslah,sir hasmad,
ustazah salmah,mdm sutina,sir kamarul,miss hafizah
thank a lot...
assalamualaikum....













roti massimo,,,



Serangan kelompok tertentu terhadap ROTI GARDENIA milik Syed Mokhtar Al-Bukhary semakin menjadi-jadi. Hasutan kepada kaum bukan Melayu agar memboikot semua produk keluaran Melayu-Bumiputera, begitu ketara di Internet, malah risalah juga sudah mula disebarkan.

Antara alasan yang diberikan mengapa GARDENIA perlu diboikot ialah kononnya kerana keengganan syarikat Syed Mokhtar Al-Bukhary membeli tepung FFM yang merupakan syarikat milik Raja Gula Robert Kuok.

Seperti yang diketahui, Robert Kuok tidak tinggal di Malaysia, sebaliknya MEMERINTAH dari Hong Kong. Beratus juta ringgit duit rakyat Malaysia, mengalir ke Hong Kong dan menjadi sebahagian daripada penjana ekonomi negeri berautonomi China itu yang dibawa oleh Robert Kuok.

Perlu juga diingatkan, Robert Kuok juga adalah penguasa minyak sawit malah ramai yang berpendapat, harga minyak sawit di Malaysia sebenarnya ditentukan oleh Robert Kuok yang barangkali tidak tahu pun membezakan antara pokok kelapa sawit dengan pokok kelapa mawar. Manakala penanam, petani dan pengeluar buah-buah sawit pula adalah Melayu-Bumiputera!!!

Satu pendedahan mengejutkan telah dibuat oleh BLOG ALBANJARI ONLINE tentang ROTI MASSIMO keluaran syarikat Robert Kuok yang dijadikan sebagai alternatif kepada pengguna. Menurut pendedahan tersebut, ROTI MASSIMO menggunakan tepung keluaran FFM, syarikat milik Robert Kuok yang mengandungi PROTEIN BABI.


Kini mereka secara jelas cuba menjatuhkan gardenia. Mungkin kerana gardenia tidak lagi membeli tepung kilang fmm milik robert kuok yang didapati mengandungi protin babi. Tepung untuk permit impot ap subsidi yang kerajaan bagi dibeli dengan kualiti yang paling rendah, kalau di negara china tepung gred ini digunakan oleh kerajaan china untuk membuat makanan babi. Tepung ini lah yang diimpot oleh robert kuok utk rakyat malaysia.
Tepung ini dicuci bleaching dan ditambahkan protin babi supaya menepati spesifikasi. Impot makanan babi, kemudian dia claim subsidi bernilai ratusan juta setahun. Ertinya rakyat malaysia sama taraf dengan babi. Kalau kita makan roti biasa yang menggunakan tepung gred ini umpamanya roti canai, capati, atau roti massimo ertinya kita makan roti babi.
Inilah kerja robert kuok yang mendapat ap special tepung dan gula selama 50 tahun oleh kerajaan malaysia. Sama macam ananda krishna mendapat special broadcasting permit selama 30 tahun.
Bila gardenia enggan membeli tepung fmm robert kuok kerana terbukti ada dna babi, dia naik bengang dan membuka kilang roti massimo. Yang baghalnya, dia ambil pulak budak melayu bekas manager kilang gardenia untuk jadi ketua kilang massimo dan meniru semua produk gardenia.



Dan menurut laporan berkenaan, tepung FFM diimport dari China dan Robert Kuok memiliki AP pengimportan komoditi berkenaan ke negara ini.

Maka kalau benarlah seperti yang dilaporkan, pastinya ia merupakan satu petanda yang sangat malang dan mengapa juak-juak berkenaan bersungguh-sungguh untuk memboikot dan memastikan GARDENIA bungkus dan muflis!!!
antara artikel lain yang berkaitan...

Wednesday, 29 February 2012

‎Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah

hikmah puasa 2x seminggu (isnin&khamis) dalam islam >)

Puasa elak otak mengecut





LONDON 28 Feb. - Kajian saintifik perubatan Barat 


mendapati berpuasa dua kali seminggu 

boleh mengelakkan otak individu daripada 

mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada 

mereka yang menghidapi 

penyakit jantung, diabetes dan kanser.



Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan 


perubatan namun kajian terbaru 



menunjukkan ia perlu diterapkan semula.



Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang 


membantu meningkatkan 



kesihatan selain perubahan metabolisme badan.



Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan 


pemakanan makanan antara 500 dan 800 

kalori sehari sahaja berbanding hari biasa 



iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).



Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser 


dan diabetes selain kolestrol 

'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta 

pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan 



pelbagai penyakit.



Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat 


(AS), Profesor Mark Mattson 

berkata, faedahnya sama seperti anda 

bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit 

kemerosotan otak seperti Alzheimer 



dan Parkinson.



Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti 


Antarabangsa tahun lepas, 

sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan 

pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu 



minggu.



Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk 


dua hari dan kemudian 2,000 



kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.



Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang 


mengetuai kajian itu berkata, 

kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan 

berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda 

biologi yang boleh meningkatkan 

risiko kanser.so,,,,jom pakat2 puasa....hehe>)

Saturday, 18 February 2012

sz collection

Semua wanita ingin kelihatan cantik bila mengenakan pakaian terutama tudung. Biasanyakerongsang atau juga dikenali sebagai brooch dijadikan aksesori bagi menambahkan lagi seri baju kebaya, baju kurung dan sebagainya. Ada yang suka kerongsang jenis tradisional dan ada suka kerongsang yang mengikut fesyen terkini atau terbaru. Pelbagai jenis kerongsang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kerongsang bercorak bunga, kerongsang manik, kerongsang pin, pewter, ozel, kerongsang Kristal, couture, dan banyak lagi. Ada kerongsang yang bersaiz besar, kerongsang jenis berantai atau berjurai dan kerongsang buatan tangan atau handmade. Ada sesetengah wanita yang gemar kerongsang mutiara dari sabah dan ada yang suka kerongsang dari korea. Ada juga yang tidak kisah kerongsang jenis apa yang penting murah dan cantik. 























kepada yang berminat bolehlah berhubung terus dengan kami ..





p/s: just tok assignment..hehehe