Wednesday, 29 February 2012

hikmah puasa 2x seminggu (isnin&khamis) dalam islam >)

Puasa elak otak mengecut





LONDON 28 Feb. - Kajian saintifik perubatan Barat 


mendapati berpuasa dua kali seminggu 

boleh mengelakkan otak individu daripada 

mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada 

mereka yang menghidapi 

penyakit jantung, diabetes dan kanser.



Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan 


perubatan namun kajian terbaru 



menunjukkan ia perlu diterapkan semula.



Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang 


membantu meningkatkan 



kesihatan selain perubahan metabolisme badan.



Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan 


pemakanan makanan antara 500 dan 800 

kalori sehari sahaja berbanding hari biasa 



iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).



Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser 


dan diabetes selain kolestrol 

'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta 

pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan 



pelbagai penyakit.



Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat 


(AS), Profesor Mark Mattson 

berkata, faedahnya sama seperti anda 

bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit 

kemerosotan otak seperti Alzheimer 



dan Parkinson.



Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti 


Antarabangsa tahun lepas, 

sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan 

pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu 



minggu.



Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk 


dua hari dan kemudian 2,000 



kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.



Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang 


mengetuai kajian itu berkata, 

kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan 

berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda 

biologi yang boleh meningkatkan 

risiko kanser.so,,,,jom pakat2 puasa....hehe>)

No comments: