Wednesday, 29 February 2012

‎Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah

hikmah puasa 2x seminggu (isnin&khamis) dalam islam >)

Puasa elak otak mengecut





LONDON 28 Feb. - Kajian saintifik perubatan Barat 


mendapati berpuasa dua kali seminggu 

boleh mengelakkan otak individu daripada 

mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada 

mereka yang menghidapi 

penyakit jantung, diabetes dan kanser.



Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan 


perubatan namun kajian terbaru 



menunjukkan ia perlu diterapkan semula.



Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang 


membantu meningkatkan 



kesihatan selain perubahan metabolisme badan.



Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan 


pemakanan makanan antara 500 dan 800 

kalori sehari sahaja berbanding hari biasa 



iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).



Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser 


dan diabetes selain kolestrol 

'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta 

pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan 



pelbagai penyakit.



Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat 


(AS), Profesor Mark Mattson 

berkata, faedahnya sama seperti anda 

bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit 

kemerosotan otak seperti Alzheimer 



dan Parkinson.



Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti 


Antarabangsa tahun lepas, 

sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan 

pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu 



minggu.



Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk 


dua hari dan kemudian 2,000 



kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.



Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang 


mengetuai kajian itu berkata, 

kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan 

berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda 

biologi yang boleh meningkatkan 

risiko kanser.so,,,,jom pakat2 puasa....hehe>)

Saturday, 18 February 2012

sz collection

Semua wanita ingin kelihatan cantik bila mengenakan pakaian terutama tudung. Biasanyakerongsang atau juga dikenali sebagai brooch dijadikan aksesori bagi menambahkan lagi seri baju kebaya, baju kurung dan sebagainya. Ada yang suka kerongsang jenis tradisional dan ada suka kerongsang yang mengikut fesyen terkini atau terbaru. Pelbagai jenis kerongsang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kerongsang bercorak bunga, kerongsang manik, kerongsang pin, pewter, ozel, kerongsang Kristal, couture, dan banyak lagi. Ada kerongsang yang bersaiz besar, kerongsang jenis berantai atau berjurai dan kerongsang buatan tangan atau handmade. Ada sesetengah wanita yang gemar kerongsang mutiara dari sabah dan ada yang suka kerongsang dari korea. Ada juga yang tidak kisah kerongsang jenis apa yang penting murah dan cantik. 























kepada yang berminat bolehlah berhubung terus dengan kami ..





p/s: just tok assignment..hehehe

Wednesday, 8 February 2012

maulidur rasul~

salam.....
 n salam maulidur rasul wat semua kawan2,,,,,,,, kali ni,,,, uitm kedah dah buat sambutan maulidur rasul.....memang meriah la..... antara acara ynag best sangat3 time perarakan...perarakan ni kami buat pg dalam pukul 7.30 2 da kumpul.....memng best la....ramai staff n student yang join perarakan ni,,,, antaranya,,,, saya....hehehehehe.....jadi pemegang sepanduk...memang malu habis la..... tp bley la...pngalamn baru wlupon agak kekok... kalau korang nak taw,,,,kami suma join under gpms....gpms 2 sgkatan la bagi gabungan pelajar melayu semenanjung,,,,n gpms ni bukan kt uitm ja tw,,,,sampai kebangsaan pon ada.... >)  
alah......bla da berarak 2 asa penat la jgak....agak jauh la kmi bjalan.... n then....kmi kna masuk dewan tok perasmian n penyampaian hadiah tok ptandingan perarakan....... best la...time 2 jgak la ada psembahan teater n nasyid ckit2,,,,, 




grup gpms~ da menang 2,,,hehehe





then,,,,,, malam 2 plak ada ceramah..... n yg paling bmakna dpat tgk kalimah allah....subhanallah....wlupon mula2 2 kawan sya nmpak awan 2,,then i told her to snap that pic ,then,,,,tme dy snap 2 la,,,awan 2 mula bgrak n memg nampak la kalimah allah 2,,,,subhanallah,,,memg xtaw nak kta apa la....fes tme dpat tgk wlupon kawan 2 yg nampk dlu,,,,,




nampak x kalmah 2,,,,,yang atas 2 ada kalimah allah,,,n yang
 bawah 2 awan da mula bgerak


ok....yang ni lgi jelas

bla awan 2 da ilang......mula la masuk msjd 2 nk dgaq ceramah,,,best la jgk,,,,ada lawak2 ckit + dgan qasidah dari student darul hadis...memg superb la,,,,

n the last one,,,,, sempena bulan kelahiran nabi ni....meh la sama2 kita banyakkan selawat kat nabi kita S.A.W,,,, banyak ganjaran nanti yang akan kita dapat..... >)  ayuh bselawat sama2





assalamualaikum... 
n thanks to hasyadiana coz gmbq 2...

Thursday, 2 February 2012

watch ur step...


assalamuaalaikum......just nak share yg ni dgn kawan2.....hati2 lpas ni kalau nak beli......











Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Kebetulan? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Percayalah, tulisan aku ini bukanlah untuk mensabotaj Crocs, cuma memanjangkan perkara ini kepada masyarakat supaya ada jawapan balas dari pihak tersebut. Andaian dan kekeliruan pasti dapat dikecapi jika ada pihak yang membangkitkan persoalan dan ada pihak yang memberi jawapan.
g) Sila sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.
by: Faeez Azahar